"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Komando VAT69 maut ketika latihan, polis siasat terperinci, kata KPN

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap kejadian seorang pegawai Pasukan 69 Komando (VAT 69) yang maut ketika latihan menyelam di Pulau Mataking, Sabah.

Ketua Polis Negara Khalid Ismail berkata, siasatan itu merangkumi penilaian terhadap prosedur latihan, penggunaan peralatan serta faktor kesihatan dan keselamatan.

“Ia selaras dengan peraturan dan tatacara operasi standard yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan.

Khalid turut memaklumkan pegawai itu, Khairul Azhar Kamaruddin, telah diberikan bantuan awal kecemasan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Semporna untuk tindakan lanjut, namun disahkan meninggal dunia ketika dirawat.

“Seluruh warga polis merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham. Semoga keluarga beliau diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini,” katanya.

Terdahulu, Khairul Azhar dilaporkan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menjalani latihan menyelam di pulau itu kira-kira 10.25 pagi.

Tiada ulasan: