Rosli Ilham
KEMAMAN: Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas tertelan biji rambutan dalam kejadian di rumahnya di Felda Neram 1, dekat sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Kemaman, jam 2.50 petang.
Menurutnya, mangsa dikatakan sedang memakan rambutan bersama kakaknya berusia enam tahun jam 1.30 tengah hari.
“Kakak mangsa mengupas rambutan terbabit dan memberi adiknya makan.
“Ketika sedang makan suara mangsa dikatakan dengan secara tiba-tiba tersekat-sekat kerana rambutan yang dimakan tersangkut di kerongkong,” katanya.
Mohd Razi berkata, keluarga mangsa yang menyedari kejadian itu kemudiannya mengejarkan mangsa ke klinik kesihatan berhampiran.
“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut namun mangsa gagal diselamatkan sebelum disahkan meninggal dunia.
“Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa maut akibat tercekik kerana terdapat rambutan pada kerongkong mangsa,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan