Norzamira Che Noh
SHAH ALAM: Seorang lelaki dengan tiga rekod jenayah lampau ditemui maut di kawasan Klang Utara, dekat sini, dipercayai dibunuh.
Kejadian dilaporkan orang awam kepada polis pada jam 7.26 pagi melalui Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati mangsa adalah lelaki tempatan berusia 31 tahun.
“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mempunyai tiga rekod jenayah, iaitu dua kes mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan satu kes mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya (SHOD),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala motif kejadian masih dalam peringkat siasatan.
Saksi kejadian atau mereka yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Asisten Superintendan Muhamad Ramli di talian 012-939 2198 atau Bilik Gerakan IPD Klang Utara di talian 03-3291 2222.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan