"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat lelaki separa reput ditemui di ladang sawit

AZIZAH SHAFIEI
Satu mayat ditemui dalam keadaan separa reput di ladang sawit di Kampung Mengkarak di Bera.
BERA – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan separa reput di sebuah ladang sawit di Kampung Mengkarak di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu pada pukul 10 pagi daripada orang awam.

Katanya, berdasarkan maklumat tersebut, sepasukan anggota dari Balai Polis Mengkarak dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Hasil siasatan awal mendapati, terdapat satu mayat dipercayai lelaki berada dalam keadaan separa reput.

“Polis juga tidak menjumpai sebarang keterangan yang menjurus kepada perlakuan jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zulkiflee, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh bagi bedah siasat

Katanya punca kematian dan pengesahan identiti mayat masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Sehubungan itu, kami memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut, atau kehilangan ahli keluarga agar tampil membantu siasatan,”ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: