KOSMO!

SEORANG wanita warga emas dan lelaki muda ditangkap ketika berkelakukan tidak senonoh. - Foto The Pattaya News
BANGKOK – Polis menahan seorang wanita berusia 61 tahun dan seorang lelaki warga Britain berumur 34 tahun selepas mereka ditangkap kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh, lapor portal berita The Pattaya News hari ini.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di pantai Pattaya, di hadapan sebuah balai polis.
Kira-kira pukul 4 pagi (waktu tempatan) hari ini, Timbalan Ketua Balai Polis Bandar Pattaya, Leftenan Kolonel (polis) Chawalit Suwanmanee menerima laporan daripada pelancong yang menyaksikan kejadian tersebut.
Orang awam merakam mereka melakukan hubungan intim di tempat awam sekali gus mengejutkan pelancong di kawasan pantai.
Lokasi kejadian di hadapan balai polis turut menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengunjung pantai dan orang ramai yang melalui kawasan itu pada awal pagi.
Kedua-dua suspek ditahan dan dibawa ke balai polis bersama rakaman video sebagai bahan bukti.
Mereka berdepan pertuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam di bawah undang-undang Thailand. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan