KOSMO

Polis menunjukkan motosikal milik AR yang dibakar penduduk setempat. - Istimewa
JAKARTA – Seorang remaja lelaki di Madura, wilayah Jawa Timur dibelasah orang ramai sebelum motosikal miliknya dibakar selepas dia ditangkap berdua-duaan dengan isteri orang, lapor laman berita Tribunnews semalam.
Dalam kejadian di Kampung Gersempal semalam, lelaki yang cuma dikenali sebagai AR, 18, ditemui bersembunyi di atas siling rumah seorang wanita yang sudah bersuami.
Ketika kejadian, suami wanita berkenaan dilaporkan tiada di rumah.
Menurut penduduk setempat, mereka berasa curiga apabila melihat sebuah motosikal diletakkan di satu kawasan belukar.
Ketika menjejaki kelibat pemilik motosikal itu, mereka melihat seorang pemuda masuk ke dalam rumah seorang wanita berusia 27 tahun.
Ketua Perhubungan Awam Polis Sampang, Asisten Komisioner Eko Puji Waluyo berkata, melihatkan keadaan itu, sejumlah penduduk menyerbu rumah berkenaan.
“Lelaki itu ditangkap oleh penduduk yang menemuinya sedang memanjat siling bilik tidur. Suami wanita berkenaan tiada di rumah ketika itu,” katanya.
Tambah Eko, penduduk yang berang kemudian membakar motosikal AR serta memukulnya.
“Apabila pegawai tiba, motosikal AR telah pun dibakar,” kata Eko.
AR kini ditahan untuk siasatan lanjut, manakala suami teman wanitanya membuat laporan polis berhubung dakwaan bersekedudukan. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan