"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki warga Bangladesh didakwa heret kucing mengguna motosikal

BERNAMA
Seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kesakitan ke atas seekor kucing.  FOTO BERNAMA
Seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kesakitan ke atas seekor kucing.  FOTO BERNAMA
Seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kesakitan ke atas seekor kucing. FOTO BERNAMA
Shah Alam: Seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kesakitan ke atas seekor kucing.

Monotosh, 41, selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa secara bersama-sama seorang lagi individu dengan kejam mengheret seekor kucing dewasa yang diikat dengan alat penjerut di atas jalan raya sambil menaiki motosikal sehingga menyebabkan kesakitan terhadap haiwan itu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sekitar kawasan perumahan Seksyen 31 di sini pada 7 September lalu mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaaan.

Jika sabit kesalahan boleh didenda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor Mohd Sharif Sabran mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin selain Monotosh perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Peguam K Ragia Sri Devi yang mewakili OKS memohon jaminan minimum mengambil kira anak guamnya perlu menyara keluarganya di negara asal dengan gaji RM1,500 selain tidak mempunyai keluarga yang terdekat di Malaysia untuk membantu mengumpul wang jaminan yang tinggi.

"Lagipun pasport juga telah diminta untuk diserahkan kepada mahkamah dan anak guam saya tidak lari daripada mana-mana kes dan dia telah bekerjasama dari hari pertama, saya harap mahkamah boleh mempertimbangkan untuk wang jaminan dikurangkan kepada jumlah yang bersesuaian," katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Monotosh untuk menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri ke balai polis terdekat pada setiap bulan sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 November ini.

Terdahulu, mahkamah turut membenarkan permohonan Mohd Sharif untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang individu warganegara asing yang sepatutnya dituduh bersama Monotosh hari ini namun gagal hadir ke mahkamah. – Bernama

Tiada ulasan: