"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemimpin PAS akui hubungan PAS-Bersatu hambar perlu kefahaman lebih erat

Dakwaan hubungan PAS-Bersatu hambar, Dr Sam akui keduanya perlu kefahaman lebih erat

FMT Reporters

Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Moktar berkata setakat ini tiada perkara serius boleh menjejaskan kerjasama parti komponen dalam PN.

Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar berkata menang atau kalah dalam PRK tidak melambangkan kekuatan sebenar sesebuah parti. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Hubungan PAS dan Bersatu perlu lebih fokus untuk kefahaman lebih erat, kata Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Moktar, mengulas desas-desus hubungan hambar komponen Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini timbul khabar angin hubungan PAS dan Bersatu didakwa hambar sehingga PN kalah pada PRK Mahkota, Sabtu lalu.

Namun beliau yang juga menteri besar Terengganu menjelaskan tiada perkara serius yang boleh menjejaskan kerjasama mereka setakat ini.

“Saya rasa dalam mana-mana organisasi pun, hatta dalam keluarga kita pun akan ada isu-isu atau perkara-perkara yang perlukan pelarasan dari segi kefahaman (erat kerjasama).

“Saya tidak mahu berada dalam keadaan (menafikan perkara tersebut)…nak kata kita semuanya sempurna kerana tiada sesiapa sempurna dalam mana-mana organisasi pun.

Tetapi, sebenarnya tak ada perkara serius yang tak boleh kita tangani…bagi saya, itu perkara biasa saja yang boleh kita tangani serta perkukuhkan muafakat dalam PN ini, katanya menurut Sinar Harian.

Sebelum ini timbul desas-desus hubungan hambar dalam PN sehingga menyebabkan kekalahan pada PRK Mahkota Sabtu lalu.

Calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah menang dengan majoriti 20,648 undi menewaskan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 7,347 undi.

Ahmad Samsuri berkata, menang atau kalah dalam PRK tidak melambangkan kekuatan sebenar sesebuah parti, tambahan ia tidak mewakili sepenuhnya suara rakyat di peringkat akar umbi.

Beliau memberi contoh BN menang besar dalam dua PRK sebelum tumbang pada PRU 2018.

Jadi, ia membuktikan PRK bukanlah ukuran kekuatan yang sebenar, katanya.

Tiada ulasan: