"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tawar khidmat RM400 sejam, 11 disyaki pelacur ditahan

Bernama

Khidmat pelacuran dibuat menerusi laman web sebelum wanita warga asing itu dihantar kepada pelanggan.

Polis berkata, empat lelaki dipercayai ‘penghantar’ turut ditahan dalam Ops Noda.
KUALA LUMPUR: Polis menahan 11 wanita warga asing disyaki pelacur dan empat lelaki warga tempatan dipercayai bertindak sebagai ‘penghantar’ dalam serbuan di beberapa premis sekitar ibu negara, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bandar raya, Mohd Razali Mohd Idrus, berkata semua mereka berumur lingkungan 21 hingga 47 tahun itu ditahan selepas Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) JSJ Kuala Lumpur menyerbu tiga hotel dan sebuah residensi dalam Ops Noda, bermula 9 malam.

Polis berjaya membongkar kegiatan pelacuran itu selepas mengenal pasti satu laman web menawarkan khidmat pelacur dari Thailand, Indonesia, dan Vietnam, dengan bayaran ditawarkan bermula dari RM400 sejam.

Beliau berkata, semua suspek telah dibawa ke IPD berkaitan untuk siasatan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 372(1)(f) Kanun Keseksaan, Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Razali berkata, dalam serbuan itu pihaknya turut merampas tiga kereta dan 16 telefon bimbit.

Tiada ulasan: