"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat ‘pak guard’ dalam but kereta, rakan sekerja didakwa esok

FMT Reporters

PETALING JAYA: Masalah peribadi dan hutang dipercayai mendorong rakan sekerja membunuh pengawal keselamatan yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta, di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, Sabak Bernam, 16 Sept lalu.

Ketua Polis Sabak Bernam Robin Guha Thakurta, berkata maklumat itu diperoleh hasil siasatan terhadap seorang lelaki berusia 20-an yang ditahan sehari selepas penemuan mayat terbabit.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa barangan daripada lelaki terbabit termasuk tiga pisau dan pakaian dipercayai digunakan ketika kejadian.

Hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Sungai Buloh menemukan kesan tikaman, kelar serta kecederaan akibat objek tumpul dan keras pada beberapa bahagian badan mangsa, katanya menurut Bernama.

Robin berkata, lelaki berkenaan yang kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan akan didakwa di Mahkamah Kuala Selangor esok.

Sebelum ini, Robin dilaporkan berkata mayat pengawal keselamatan berkenaan dijumpai selepas pihaknya menerima maklumat daripada anggota kereta peronda polis pada 6.04 petang.

Tiada ulasan: