"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengawal keselamatan didakwa bunuh rakan sekerja

Bernama

Wan Shahrizan Wan Kadir didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Selangor atas tuduhan membunuh Raja Azman Raja Abdul Tahir yang mayatnya ditemukan dalam but kereta.
Pengawal keselamatan Wan Shahrizan Wan Kadir didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Selangor atas tuduhan membunuh Raja Azman Raja Abdul Tahir di pondok pengawal keselamatan sebuah sekolah di Sabak Bernam. (Gambar Bernama)
KUALA SELANGOR: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh rakan sekerjanya pada 15 Sept lepas.

Wan Shahrizan Wan Kadir, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki tersebut kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Wan Shahrizan didakwa membunuh Raja Azman Raja Abdul Tahir, 43, di pondok pengawal keselamatan sebuah sekolah di Sabak Bernam dekat sini antara 2.30 pagi sehingga 4 pagi, pada 15 Sept lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 13 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Azali Ibrahim dan mahkamah menetapkan 4 Dis sebagai tarikh sebutan semula kes.

Semalam, media melaporkan masalah peribadi dan hutang dipercayai motif pembunuhan pengawal keselamatan yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama di Sabak Bernam pada 16 Sept lepas.

Tiada ulasan: