"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis siasat pergaduhan dua lelaki

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my

Petaling Jaya: Polis menyiasat insiden pergaduhan membabitkan dua individu di tepi jalan Persiaran Tropicana, di sini sehingga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 6 petang, 10 September lalu.

Katanya, warga asing yang dalam keadaan mabuk didakwa memukul dan merosakkan motosikal pengadu di tepi jalan berkenaan.

"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkannya kepada pegawai penyiasat Inspektor Hariharan di talian 019-3638358," katanya dalam kenyataan malam ini.

Tiada ulasan: