KOSMO
Spesies unik ini dikenali sebagai Devil’s Finger kerana mempunyai sesungut berwarna merah jambu terang seperti darah. - BNPS
LONDON – Seorang jurugambar terkejut apabila menemui sejenis kulat aneh menyerupai makhluk asing di sebuah hutan di New Forest, Hampshire, England, lapor akhbar Metro UK kelmarin.
Tumbuhan itu ditemui oleh Julia Rosser, 67, baru-baru ini. Dia pada mulanya, menyangka menemui ‘tentakel merah’ di tengah hutan.
Bagaimanapun, tumbuhan pelik itu rupanya sejenis kulat unik yang dikenali sebagai Devil’s Fingers atau ‘Jari Syaitan’ kerana memiliki sesungut berwarna merah terang seperti darah manusia.
Panjang sesungut itu memberi gambaran menyeramkan seperti jari zombi terkeluar dari kubur.
“Sesungut ini terkeluar dari tanah, seolah-olah mayat menghulurkan tangannya dari dalam kubur.
“Ia sangat menyeramkan,” kata Rosser.
Devils’ Fingers dikenali kerana mengeluarkan bau busuk untuk menarik mangsa seperti lalat dan serangga lain.
Kulat ini biasanya ditemui pada akhir Oktober tetapi muncul lebih awal atas faktor cuaca. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan