"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Antara fakta menarik PRK DUN Mahkota

PRK Mahkota: Fakta menarik dan pedih untuk PN
Harapandaily

AHMAD MURSI

PN nyaris hilang wang deposit lepasi had minimum 12.5% (4,418) dari jumlah keluar undi walhal ini 1 lawan 1. Lebih 2,929 undi je.

PN kalah di kesemua 18 Daerah Mengundi (DM).

3 DM Melayu yang dimenangi PN pada PRU15 ditawan oleh BN dengan selesa.

Jumlah keluar mengundi 35,342 (53.84%) berbanding PRN2022 sebanyak 40,225 (65.66%). Beza dari segi jumlah 4,883.

Majoriti BN naik 4 kali ganda dari 5,166 ke 20,648.

Bagi setiap 5 pengundi, 4 undi BN, dan 1 undi PN. BN 27,995 dan PN 7,347.

Undi PH berpindah kepada BN. PRN 2022 dulu BN 16,611, PH 11,445, dan PN 7,614. Formula Perpaduan berkesan.

Undi PN dah tepu dan kurang sedikit 7,347 dibanding dengan PRN2022 (7,614). Tak berjaya tambah undi walaupun PH tak bertanding.

Undi PN menyusut 29.8% dibandingkan dengan jumlah undi dalam DUN Mahkota untuk merebut kerusi Parlimen Keluang pada PRU15 (8,750) semasa sentimen api perkauman ditiup secara maksimum.

Kemenangan calon Perpaduan bukti rakyat inginkan kestabilan politik demi kemakmuran ekonomi dan mula jemu dengan politik 3R oleh PN.

Tiada ulasan: