FMT Reporters
Muhammad Noor Fadzil Mustapha, 25, meninggal dunia di lokasi dan mayatnya berjaya dikeluarkan dari sungai.
Menurut saksi, mangsa cuba menyelamatkan diri namun gagal sebelum ditemui lemas.
PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai, Telaga Mas, Alor Setar, hari ini.
Muhammad Noor Fadzil Mustapha, 25, meninggal dunia di lokasi dengan mayat dikeluarkan dari Sungai Santap dengan bantuan pasukan bomba.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Abd Fataf Hamdan, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 10.25 pagi.
Katanya, sepasukan bomba dihantar ke lokasi dan operasi turut disertai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dan Jitra.
“Pada mulanya kami menerima maklumat terdapat dua mangsa dalam kereta namun selepas melakukan pemeriksaan hanya seorang mangsa terlibat.
“Sungai ini baru dilebarkan dan didalamkan sedalam lima meter, tetapi mangsa terjatuh di tebing sungai
Mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), katanya, menurut Harian Metro.
Dalam operasi itu, Proton Wira milik mangsa turut dikeluarkan dengan bantuan trak tunda.
Sementara itu, penduduk kampung, Mohd Subhi Mohd Shukor, 30, berkata, pada mulanya kereta mangsa dilaporkan terbabas di sebelah kiri sebelum terjunam ke sungai terbabit.
Katanya, kereta itu tenggelam perlahan-lahan dan mangsa cuba menyelamatkan diri namun gagal sebelum ditemukan lemas.
Ketika itu, abang ipar mangsa mengekori kereta dipandunya malah menyaksikan kejadian berkenaan, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan