"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cubaan bunuh polis, 2 termasuk pesara tentera direman

FMT Reporters

Jumaat lalu, dua anggota polis nyaris maut selepas cuba dirempuh sebuah SUV dinaiki empat lelaki ketika cuba menahannya untuk pemeriksaan di Jejawi, Arau.

PETALING JAYA: Dua lelaki termasuk pesara tentera direman sehingga 5 Oktober depan bagi membantu siasatan berhubung cubaan membunuh anggota polis dalam kejadian berhampiran Taman Jejawi Permai, Arau Jumaat lalu.

Ketua Polis Arau, Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata suspek yang masing-masing berusia 34 dan 35 tahun itu ditahan di Sungai Petani sekitar 6.10 petang semalam.

“Suspek pertama yang juga pesara tentera berusia 34 tahun ditahan di kediamannya di Taman Ria Jaya manakala suspek kedua yang bekerja sebagai mekanik juga ditahan di sebuah rumah di Taman Ria di Sungai Petani.

Siasatan awal pihaknya mendapati, suspek pertama mengaku ada menyewa Proton X70 yang digunakan dalam kejadian cubaan membunuh berkenaan, katanya dalam kenyataan media hari ini, menurut Harian Metro.

Beliau berkata, kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna warna merah itu dipercayai disewa di Air Hitam, Pulau Pinang dan ia diserahkan kepada salah seorang suspek yang masih bebas.

Katanya, suspek kedua pula mengaku membawa dan melarikan diri semasa kejadian menggunakan jenis kereta Perodua Myvi warna perak.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pertama tiada rekod kesalahan. Rakannya pula mempunyai 20 rekod kesalahan membabitkan penyalahgunaan dadah dan jenayah lain.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana khianat dengan membencanakan kabel, katanya.

Dalam pada itu, tempoh reman empat lagi suspek berusia 20 hingga 34 tahun yang ditahan sebelum ini tamat hari ini sebelum ditahan semula untuk siasatan terhadap kes jenayah yang dilakukan mereka.

Pada Jumaat lalu, dua anggota polis nyaris maut selepas cuba dirempuh sebuah SUV dinaiki empat lelaki ketika cuba menahannya untuk pemeriksaan di Jejawi, Arau.

Tiada ulasan: