CHERINE JON
Keadaan kereta mangsa di tempat kejadian.
SERIAN – Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas kereta dinaiki bersama ibu dan kakaknya terbabas ke dalam gaung di Kilometer 95 Jalan Kuching-Sri Aman, Serian pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Serian DSP Neil Beginda berkata kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 10.30 pagi itu berlaku ketika tiga beranak terbabit dalam perjalanan pulang dari kampung di Betong ke rumah mereka di Kuching.
Katanya berdasarkan siasatan awal, kereta Proton Pesona yang dipandu ibu mangsa berusia 46 tahun telah hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri dan melanggar besi penghadang jalan sebelum jatuh ke dalam gaung.
Cool Gadgets videoCool Gadgets video
“Akibat itu, pemandu kenderaan mengalami kecederaan patah di tangan sebelah kiri.
“Bagaimanapun, anak lelakinya berumur 8 tahun yang duduk di bahagian belakang penumpang mengalami kecederaan parah di kepala telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak paramedik Hospital Serian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Manakala, Neil berkata kakak mangsa berumur 13 tahun yang duduk di bahagian depan kerusi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya kes disiasat di bawah Sekshen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.- KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan