"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Letupan bom di Tak Bai, polis Thailand kenal pasti suspek

BERNAMA

Narathiwat: Polis Thailand mengenal pasti suspek yang terbabit dalam insiden letupan bom kereta berhampiran kediaman rasmi Ketua Daerah Tak Bai di Narathiwat, selatan Thailand, pada Ahad.

Komander Polis Wilayah 9, Leftenan Jeneral Polis Piyawat Chalermsri, berkata suspek berjaya dikenal pasti hasil analisis imej daripada kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.

Bagaimanapun, kesemua suspek yang terbabit dipercayai telah melarikan diri ke negara jiran, katanya.

Piyawat juga memaklumkan bahawa siasatan polis mendapati bom terbabit dipasang dalam tong gas yang diletakkan di dalam kereta curi.

"Suspek turut mengimport tong gas itu dari negara jiran bagi mengelak dijejaki oleh pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian pada Selasa.

Siasatan polis juga mendapati suspek turut bertindak mencuri empat motosikal di kawasan berhampiran untuk digunakan dalam serangan terbabit.

Dalam insiden itu, dua anggota tentera dilaporkan cedera dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Narathiwat Ratchanakarin.

Tiada ulasan: