"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mandur putus pergelangan tangan, kenderaan terbabas

Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my
Keadaan pacuan empat roda terbalik dipercayai akibat hilang kawalan. Foto IPD Jasin
Keadaan pacuan empat roda terbalik dipercayai akibat hilang kawalan. Foto IPD Jasin
Jasin: Lelaki putus pergelangan tangan kanan selepas pacuan empat roda dipandu terbabas dan terbalik di selekoh Jalan Bemban-Gapam, semalam.

Kejadian 5.45 petang itu ketika mangsa, Maria Josph, 51, sedang memandu Mitsubishi Triton dari arah pekan Bemban menghala ke bandar Melaka.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku akibat kegagalan pemandu mengawal kenderaan lalu terbabas ketika selekoh, dengan cuaca selepas hujan dan jalan basah.

"Kenderaan itu terbabas ke tengah jalan dan melanggar tiang lampu lalu terbalik di tengah pembahagi jalan.

"Akibat kemalangan, mangsa yang bekerja sebagai mandur putus pergelangan tangan kanan dan dibawa ke hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada ulasan: