"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bakar sekolah perempuan di Afghanistan, 2 ditahan

Bernama-Xinhua

Kabul: Polis menahan dua individu atas tuduhan membakar sebuah sekolah perempuan di wilayah Panjshir, Afghanistan, lapor media tempatan pada Isnin, memetik agensi berita Xinhua.

Media swasta Ariana News, memetik jurucakap polis wilayah, Abidullah Aqab Farooqi berkata bahawa kedua-dua suspek mengaku bersalah membakar Sekolah Perempuan Bibi Amina pada malam Ahad.

Bagaimanapun, pasukan bomba berjaya memadamkan api dalam tempoh satu jam, sekali gus mengelakkan kerosakan besar pada bangunan sekolah, kata Farooqi.

Pelajar perempuan dari gred tujuh hingga peringkat universiti masih tidak dibenarkan menghadiri kelas sehingga notis selanjutnya dikeluarkan di Afghanistan.

Tiada ulasan: