"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dikatakan ini puncanya Melayu dah tak nak undi PN di Mahkota

SITI NUR ZAWANI

Penyusutan jumlah undi yang diraih Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota cukup menggambarkan parti itu tidak lagi mendapat kepercayaan orang Melayu.

Ketua Kawasan AMANAH Kluang, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, ia sekaligus menunjukkan PN tidak lagi relevan di Johor dan orang Melayu tidak termakan dengan doktrin dicanang oleh PN.

“PN memang tidak berjaya tembus Johor dan ini dapat dibuktikan dengan siri PRK yang berlaku di negeri ini.

“Selain itu juga PRK Mahkota telah membuktikan bahawa PN terus hilang sokongan yang selama ini menjadi harapan mereka iaitu undi Melayu pertengahan yang lebih menyakinkan Kerajaan Madani hari ini.

“Sebelum PRK Mahkota, dapat disaksikan bagaimana siri PRK yang berlaku di Nenggiri, Kelantan yang jelas menunjukkan sokongan PN termasuklah Pas tidak berjaya mendapat sokongan melayu,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Mohd Zuhan percaya terdapat faktor kuat yang menyebabkan keyakinan pengundi terhadap kerajaan hari ini terus meningkat.

“Terdapat beberapa faktor yang menyakinkan pengundi antaranya adalah pengukuhan ringgit di peringkat antarabangsa serta kawalan harga barang yang tidak membebankan rakyat.

“Selain itu kelemahan PN dalam membawa naratif perkauman tidak lagi menjadi peluru yang ampuh bagi mendatangkan kepercayaan kepada pengundi di negara ini,” ujarnya.

Tiada ulasan: