BHarianonline
Kepulan asap di kawasan selatan pinggir barat Beirut selepas serangan Isreal awal pagi tadi. - Foto REUTERS
BAITULMAQDIS: Tentera Israel menegaskan bahawa pasukan udaranya akan terus melancarkan serangan lebih besar di seluruh Asia Barat pada waktu malam selepas Iran menyerang Israel dengan puluhan peluru berpandu beberapa jam sebelumnya.
"Pasukan udara terus beroperasi sepenuhnya dan malam ini ia akan terus menyerang di Asia Barat dengan lebih besar seperti yang telah berlaku sepanjang tahun lalu," kata jurucakap tentera, Laksamana Muda Daniel Hagari dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berikrar untuk bertindak terhadap Iran selepas negara itu melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Israel, sambil menuduh Tehran mendorong "Asia Barat' ke arah peningkatan konflik".
Sementara itu, laporan terbaru menyebut satu serangan Israel mengenai kawasan selatan pinggir bandar Beirut awal pagi tadi, demikian menurut sumber keselamatan Lebanon, selepas tentera Israel mengeluarkan panggilan baharu untuk penduduk di beberapa bahagian kawasan itu supaya berpindah.
Iranian menyalakan bunga api di depan papan iklan gambar pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah, selepas serangan IRGC ke Israel. - Foto REUTERS
"Serangan udara Israel menyasarkan kawasan selatan pinggir bandar Beirut," kata sumber tersebut, yang meminta namanya dirahsiakan kerana tidak dibenarkan bercakap kepada media.
Wartawan AFP mendengar bunyi letupan dari kawasan itu, yang diserang berkali-kali oleh Israel sejak minggu lalu, dengan alasan ia menyasarkan tapak-tapak Hizbullah. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan