MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
PEMANDU e-hailing, Azmira (gambar kecil) maut selepas terbabas dipercayai akibat terkena serangan jantung.
MELAKA – Seorang pemandu e-hailing maut selepas kereta dipandu terbabas, dipercayai mengalami serangan jantung ketika sedang memandu di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Balai Panjang di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi itu, mangsa, Azmira Othman, 49, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Alza sedang dalam perjalanan dari arah lampu isyarat Lorong Pandan menghala ke Malim.
Cool Gadgets videoCool Gadgets video
“Setibanya di lokasi kejadian, kereta mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke batu pembahagi jalan di lorong sebelah kanan.
“Mangsa dipercayai terkena serangan jantung sebelum terbabit kemalangan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Tambahnya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku di jalan tiga lorong satu hala manakala keadaan cuaca baik serta permukaan jalan kering dan mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat. – KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan