"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dengki jiran beli 2 kereta, lelaki simbah asid

KOSMO
Tangkap layar menunjukkan kereta mangsa yang disimbah asid. - Instagram
JAKARTA – Seorang lelaki di wilayah Jambi, Indonesia nekad merosakkan dua kenderaan milik jirannya dengan menggunakan asid kerana dengki mangsa hidup mewah, lapor portal berita Abata News semalam.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @kabarjambiupdate memaparkan suspek menghampiri rumah mangsa.

Dia kemudian menyimbah asid pada dua kenderaan berwarna putih dan hijau yang diletakkan di hadapan rumah mangsa. 

“Perbuatan itu dilakukan kerana dendam dan busuk hati terhadap kemewahan yang dimiliki mangsa,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan ramai netizen. 

“Orang beli kereta dia yang panas,” sindir seorang netizen. 

“Kalau dah ada penyakit macam ini, dia susah tengok orang senang dan suka tengok orang susah,” sindir netizen lain. – AGENSI

Tiada ulasan: