"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki ditahan selepas keluarkan kata-kata kesat terhadap polis

Bernama

Tangkap layar klip video memaparkan seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di tepi Jalan Nordin sehingga memaksa pasukan bomba dan penyelamat datang ke lokasi untuk membuka pintu kereta terbabit. -Sinar Harian

GEORGE TOWN: Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis yang ingin memeriksanya di Lebuh Nordin di sini semalam.

Ringkasan AI

Seorang lelaki berusia 49 tahun ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis yang cuba memeriksanya di dalam sebuah kereta.

Polis menerima laporan pada 10.30 malam mengenai seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di dalam kereta, dan apabila diperiksa, lelaki tersebut enggan bekerjasama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, dengan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada 10.30 malam yang memaklumkan suspek berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta.

"Pihak polis terus ke lokasi kejadian dan mendapati lelaki berkenaan berada di tempat pemandu namun apabila anggota kami cuba memeriksanya, dia enggan memberikan kerjasama dan mengeluarkan kata-kata kesat.

"Ekoran itu, polis menahan lelaki berusia 49 tahun tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan merujuk kes itu kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan dalam masa terdekat.

Terdahulu, tular beberapa klip video memaparkan seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta di tepi jalan di sini.

Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, orang ramai yang berada di situ cuba mengejutkan lelaki itu dengan mengetuk cermin kereta namun tiada tindak balas sehingga memaksa pasukan bomba ke lokasi untuk membuka pintu kereta berkenaan.

-- BERNAMA

Tiada ulasan: