"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

3 penjenayah warga Malaysia bertindak ganas di Mumbai selepas diusir dari UK

Agensi
TIGA penjenayah warga Malaysia, Navindren Raj Cumarason, Sridharan Subramanian dan Pratifkumar Selvaraj kini ditahan di bawah 'pengawasan keselamatan tahap tinggi' di sebuah bilik khas di lapangan terbang di Mumbai, India. FOTO Agensi
TIGA penjenayah warga Malaysia, Navindren Raj Cumarason, Sridharan Subramanian dan Pratifkumar Selvaraj kini ditahan di bawah 'pengawasan keselamatan tahap tinggi' di sebuah bilik khas di lapangan terbang di Mumbai, India. FOTO Agensi
Mumbai: Tiga penjenayah warga Malaysia paling dikehendaki yang sebelum ini menjadi buruan polis melalui operasi khas Op Jack Sparrow, bertindak ganas di Mumbai selepas diusir dari United Kingdom (UK).

Mereka terbabit dalam pergaduhan ganas dengan pasukan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA) di Mumbai selepas diusir dari UK.

Lapor New Delhi Television (NDTV), tiga lelaki terbabit, Navindren Raj Cumarason, Sridharan Subramanian dan Pratifkumar Selvaraj kini ditahan di bawah 'pengawasan keselamatan tahap tinggi' di sebuah bilik khas di lapangan terbang.

Ketibaan mereka mencetuskan kegusaran diplomatik antarabangsa dengan pasukan khas polis elit Malaysia dijangka tiba di Mumbai dalam tempoh 48 jam bagi tujuan penahanan.

Ketiga-tiga penjenayah, yang diburu kerana rangkaian kes pembunuhan dan perbuatan khianat menggunakan api, berjaya menyusup keluar dari sempadan Malaysia dan transit melalui Mumbai untuk ke Manchester, England.

Bagaimanapun, larian mereka berakhir di Lapangan Terbang Manchester, di mana pegawai imigresen Britain yang sudah dimaklumkan mengenai status ketiga-tiga individu terbabit sebagai 'penjenayah berprofil tinggi', menolak kemasukan mereka.

Memandangkan mereka tiba melalui penerbangan dari Mumbai, protokol antarabangsa menetapkan penjenayah terbabit dihantar semula ke lokasi berlepas terakhir.

Apabila penerbangan dari Manchester mendarat di Mumbai, ketiga-tiga lelaki itu menyedari mereka terperangkap.

Apa yang berlaku seterusnya digambarkan oleh saksi sebagai 'suasana kacau-bilau tidak terkawal'.

Mereka nekad bertindak ganas dan terbabit dalam pergaduhan fizikal dengan anggota Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat (CISF).

Menurut sumber, mereka membuat kekacauan dan cuba melawan pegawai di kawasan transit sebelum akhirnya ditahan pasukan keselamatan.

"Mereka bukan sekadar menentang penahanan, tetapi bertarung seolah-olah tidak bimbang dengan akibatnya.

"Mereka kini diletakkan dalam bilik khas bagi pengawasan 24 jam sehari. Keselamatan telah diperketat bagi memastikan tidak berlaku lagi cubaan melarikan diri," menurut sumber berkenaan.

Kes terbabit menimbulkan persoalan dalam kalangan pihak berkuasa India, terutama bagaimana tiga penjenayah 'paling dikehendaki' itu berjaya memasuki lapangan terbang dan menaiki penerbangan ke Manchester.

Pihak penyiasat kini meneliti sama ada ketiga-tiga lelaki itu menggunakan dokumen palsu atau wujud kecuaian dalam pangkalan data notis merah antarabangsa ketika transit awal.

Pihak berkuasa lapangan terbang Mumbai turut dilaporkan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa di Malaysia.

Keadaan terdesak yang dihadapi tiga suspek itu didorong tekanan hebat yang menanti mereka di Malaysia.

Mereka dikenal pasti sebagai individu utama yang menjadi sasaran 'Ops Jack Sparrow', operasi besar-besaran yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada penghujung 2025.

Operasi berkenaan, yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, bertujuan melumpuhkan dua kumpulan jenayah terancang yang bertanggungjawab mencetuskan suasana ketakutan dan keganasan.

Rekod jenayah ketiga-tiga mereka termasuk keganasan melampau dikaitkan dengan lebih 80 kes jenayah, termasuk serangan berdarah membawa maut yang tular di Taman Sentosa, Klang.

Dikenali menggunakan senjata api dan parang dalam kegiatan melakukan pembakaran, rompakan berkumpulan serta tembakan terbuka di Brickfields dan Cheras.

Dalam kebanyakan kes, motif mereka adalah perebutan kawasan, pengaruh serta keuntungan haram. Ahli sindiket terbabit secara keseluruhan mempunyai 80 rekod jenayah lampau, termasuk 34 kes berkaitan dadah.

Tiada ulasan: