KOSMO

Penduduk menunjukkan wang tunai yang ditemui. - Instagram
JAKARTA – Sekumpulan penduduk sebuah kampung di Tegal, wilayah Jawa Tengah teruja apabila menemukan wang tunai dari celah kayu dan lumpur selepas banjir kilat melanda kaki Gunung Slamet, Jumaat lalu, lapor laman berita Mevin semalam.
Dalam satu video tular, beberapa lelaki dilihat mengutip wang kertas dari sekitar Pantai Larangan yang dipenuhi sisa banjir.
Wang bernominasi 100,000 rupiah (RM24) itu masih berada dalam keadaan baik, namun tidak dinyatakan jumlah keseluruhan yang ditemui.
Menurut beberapa penduduk, penemuan wang itu dipercayai berkaitan dengan insiden seorang lelaki yang kehilangan trak pikap miliknya beserta sejumlah wang tunai di dalam beg yang dihanyutkan arus deras.
Setakat ini, tidak dinyatakan sama ada wang itu dikembalikan kepada pemiliknya atau disimpan oleh penduduk yang menemuinya. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan