KOSMO!

Tertuduh dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun. - Yonhap
SEOUL – Seorang wanita Korea Selatan dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana mengerat alat sulit suaminya sebelum mengepamnya di dalam tandas, lapor portal berita Must Share News semalam.
Menantu wanita berusia 58 tahun itu juga disabitkan kesalahan atas peranannya mengikat mangsa dengan tali serta menghadapi hukuman penjara empat tahun.
Sementara itu, anak perempuan mangsa yang mengupah penyiasat persendirian untuk menjejaki bapanya pula didenda 3 juta won (RM8,000) kerana bersubahat dalam insiden itu.
Kejadian itu berlaku pada 1 Ogos 2024 di Pulau Ganghwa, Incheon.
Selepas yakin mangsa bermain kayu tiga, tertuduh yang hanya dikenali sebagai A dibantu oleh menantunya untuk menyerang mangsa.
Ketika kejadian, mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri.
Menantu tertuduh mengikat mangsa sebelum wanita tersebut mengerat alat sulit mangsa menggunakan pisau dengan menetaknya sebanyak 50 kali.
Dia kemudian mengepam anggota badan lelaki itu ke dalam lubang tandas lalu mereka melarikan diri.
Walaupun mangsa terselamat selepas pembedahan kecemasan, dia mengalami trauma fizikal dan psikologi. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan