KOSMO

Tanah runtuh yang meluas dapat dilihat di lokasi kejadian. - EPA
PALERMO, ITALI – Lebih 1,000 orang dipindahkan dari rumah mereka di sebuah pekan di pulau Sicily, Itali, selepas tanah runtuh sepanjang 4 kilometer mengancam keselamatan mereka, lapor akhbar The Sun UK.
Beberapa gambar dari udara menunjukkan bandar di atas bukit, Niscemi berada di pinggir tebing dengan beberapa bangunan hampir runtuh.
Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan sejak kejadian itu berlaku Ahad lalu, manakala Datuk Bandar, Massimiliano Conti berkata, hujan lebat telah menyebabkan tanah runtuh.
“Keadaan terus bertambah buruk kerana runtuhan selanjutnya telah direkodkan,” katanya.
Pihak berkuasa tempatan sedang bekerjasama dengan unit polis, bomba dan perlindungan awam untuk menetapkan pelan tindakan.
Pegawai berkata, semua penduduk dalam radius 4 kilometer dari tanah runtuh telah dipindahkan dan dibawa ke tempat perlindungan sementara di dewan sukan Pio La Torre, Niscemi. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan