KOSMO!

SERAMAI empat warga Israel ditangkap dalam serbuan polis pelancongan. - Foto Thai PBS
BANGKOK – Polis Pelancong Thailand menyerbu sebuah vila mewah di Pulau Pha-ngan, Surat Thani, awal pagi semalam dan menahan empat warga Israel, lapor portal berita Thai PBS World.
Keempat-empat orang itu ditangkap polis selepas beberapa jenis dadah terlarang, termasuk pil ekstasi (MDMA) ‘Labubu’ ditemukan berada dalam simpanan mereka.
Bertindak atas maklumat daripada penduduk setempat yang mengadu mengenai muzik kuat dan kunjungan kerap orang tidak dikenali ke premis berkenaan, polis mengesyaki berlakunya aktiviti haram sebelum mendapatkan waran geledah.
Semasa pemeriksaan di rumah tersebut, polis menemui pelbagai jenis dadah terlarang, termasuk kokain dan pil ekstasi yang bertaburan di atas meja serta di lantai.
Lebih banyak dadah turut ditemui dan dirampas.
Polis mendakwa keempat-empat warga Israel tersebut, berusia antara 27 hingga 29 tahun dan parti itu dianjurkan hanya untuk pelancong asing.
Kesemua suspek dibawa ke balai polis di pulau tersebut dan mereka berdepan pertuduhan memiliki serta mengedar dadah terlarang.
Polis memaklumkan bahawa visa semua suspek akan dibatalkan dan mereka akan disenaraihitamkan. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan