"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Bapa dituduh cuba bunuh anak berusia 3 tahun

Bernama 

KOTA BHARU: Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan cuba membunuh anak kandung berusia 3 tahun, awal bulan ini.

Lelaki berusia 23 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan cubaan bunuh sehingga ingin menyebabkan kecederaan kepada anaknya, pada kira-kira 7 pagi, 14 Jan lepas di sebuah rumah di Pasir Puteh.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan dan tertuduh diwakili peguam, Muhammad Zulfaqar Al-Basysyar Saharrudin.

Siti Hajar tidak menawarkan sebarang jaminan namun peguam bela memohon jaminan dengan alasan anak guamnya akan tinggal bersama kakak di Kemaman, Terengganu serta tidak mempunyai rekod psikiatri dan jenayah.

Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 25 Feb depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tiada ulasan: