"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penunggang motosikal cedera ditimpa warung burger

LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
Tangkap layar rakaman tular menunjukkan seorang penunggang motosikal cedera setelah dihempap warung burger yang ditunda sebuah lori di Jalan Medan Saujana 3, Kamunting di Taiping pada 29 Januari lalu.
TAIPING – Seorang penunggang motosikal cedera setelah ditimpa warung burger yang ditunda oleh sebuah lori di Jalan Medan Saujana 3, Kamunting di Taiping dalam kejadian pada 20 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Abdul Malek Ismail berkata, kejadian tersebut tular hari ini di laman Facebook menerusi pautan https://www.facebook.com/share/v/1caegaeetqj/.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan tersebut dipercayai telah berlaku pada 20 Januari lalu lebih kurang pukul 3.30 petang.

“Sebuah lori jenis rigid buatan Hino yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu berumur 30 tahun sedang menunda sebuah warung burger dari Taiping menghala ke Kamunting.

“Ia hilang kawalan menyebabkan warung burger tersebut terjatuh ke atas jalan raya dan terkena pada sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki Melayu, 28, serta sebuah Proton Saga FL dipandu seorang perempuan Melayu berumur 34 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di Taiping hari ini.

Abdul Malek berkata, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala penunggang motosikal mengalami cedera ringan pada bahagian dahi, leher dan luka pada tangan serta kaki dan telah mendapat rawatan di Hospital Taiping.

“Kes disiasat di bawah Rule 92 LN 170/59,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: