"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Lima beranak hidup berhimpit di rumah usang

AIMUNI TUAN LAH
Nurul Mazlina bersama dua anaknya di depan rumah mereka di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang.
GUA MUSANG – Kesempitan hidup memaksa lima beranak tinggal dalam keadaan berhimpit di dalam rumah yang diperbuat daripada kayu dan zink terpakai di Kampung Lepan Jaya di sini, sejak lebih tiga tahun lalu.

Nurul Mazlina Mohd. Nor, 32, berkata, dia bersama suami, Mohd. Sahru Azman Ramlee, 38 dan tiga anak berusia tiga ming­gu, lima dan lapan tahun mendia­mi rumah itu yang didirikan di atas tanah milik ibu mentuanya.

Katanya, dia pernah membuat permohonan mendapatkan rumah yang lebih selesa, namun masih lagi gagal. “Rumah ini tiada bilik dan ruangan dapur, jadi kami lima beranak tidur berhimpit di ruang tamu dengan beralaskan tilam,” katanya di Kampung Lepan Jaya di sini kelmarin.

Nurul Mazlina yang sedang berpantang anak ketiga berkata, suaminya bekerja sebagai buruh kampung yang memperoleh pendapatan harian cukup-cukup makan sahaja.

Katanya, sebelum melahirkan anak ketiga, dia juga menanam pokok cili di sekeliling rumah bagi menambah pendapatan keluarga.

“Sehingga kini mereka tidak mampu membina rumah yang selesa untuk anak-anak.

“Sebelum ini, ada pihak jabatan yang hadir dan melihat keadaan rumah kami, namun sehingga kini tiada kata putus,” katanya.

Orang ramai ingin membantu boleh menghubungi Nurul Mazlina di talian 011-1074 6606 atau terus ke akaun Public Bank 6801479719 atas nama Mohd. Sahru Azman Ramlee.

Tiada ulasan: