"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Influencer’ pura-pura disamun dalam kereta api

KOSMO

Lelaki itu berpura-pura terkejut apabila telefon bimbitnya disamun semasa menaiki kereta api. - Facebook
BANGKOK – Seorang pempengaruh media sosial menerima kecaman orang ramai selepas merakam dirinya berpura-pura dirompak semasa menaiki kereta api di Thailand, lapor portal berita Thaiger. 

Rakaman video dimuat naik di platform Facebook menunjukkan lelaki itu sedang leka bermain telefon bimbitnya sebelum disamun oleh individu yang diupahnya. 

Dia juga mempamerkan ekspresi terkejut, seolah-olah ingin memberikan reaksi sebenar kepada penonton. 

Sebilangan pengguna media sosial menyifatkan perbuatan itu sebagai merosakkan iimej serta persepsi tentang keselamatan dalam pengangkutan awam di Thailand, terutamanya kepada pelancong.

“Kandungan yang menjejaskan masyarakat atau negara perlu dikawal selia. Hari ini, ramai golongan muda mencipta contoh yang tidak baik untuk orang lain,” kata seorang netizen. 

Selepas klip video itu menjadi tular, pempengaruh media sosial berkenaan mengeluarkan permohonan maaf di platform Instagram. – AGENSI

Tiada ulasan: