Seorang pekerja kantin berusia 36 tahun melecur 11 peratus pada bahagian muka, leher dan dada akibat disimbah asid dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jeniang, dekat Sungai Petani pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita pada kira-kira 3.15 pagi memaklumkan seorang lelaki disimbah asid oleh seorang lagi lelaki ketika berada di stesen minyak berkenaan.
"Mangsa masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH). Siasatan lanjut mendapati kejadian dipercayai berlaku akibat cemburu.
“Suspek yang berumur 36 tahun, bekerja sebagai pemandu, ditahan awal pagi ini dan akan dibawa ke mahkamah bagi proses reman," katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan