"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hussain Yee Islamkan bekas isteri Keith Foo

NUR EMIRA SAIZALI
FOTO tular yang memaparkan Kim sudah memeluk Islam sekitar Oktober lalu.
PETALING JAYA – Bekas isteri kepada pelakon Keith Foo iaitu Kim Raymond menuai perhatian ramai apabila tular foto dia sudah memeluk agama Islam pada Oktober lalu.

Difahamkan, Kim memeluk Islam pada 24 Oktober lalu di Markas Al-Khadeem, Kampung Sungai Kayu di sini dan diislamkan oleh pendakwah terkenal, Datuk Sheikh Hussain Yee yang juga Presiden Al-Khadeem.

“Alhamdulillah, dengan hidayah daripada Allah SWT, Kim Amal Raymond dari Malaysia memeluk Islam di Al-Khaadem pada 24 Oktober lalu.

“Ramai ahli keluarga dan rakan-rakannya hadir untuk menyaksikan majlis yang penuh barakah,” katanya.

Menerusi hantaran tersebut, Kim manis dalam busana serba hitam dan lengkap memakai tudung.

Dalam pada itu, komuniti tersebut memohon orang ramai mendoakan urusan saudara baru dalam mendalami Islam dipermudahkan.

“Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan menjadikannya seorang muslim yang soleh serta beramal, amin.

“Terima kasih kepada penaja Kit Muslim Baru kami yang indah oleh @zaahara.group untuk membantu saudara baru kami memulakan perjalanan mereka,” ujarnya.

Bagaimanapun, ruangan komen hantaran tersebut ditutup.

Terdahulu, Kim pernah mendirikan rumah tangga dengan Keith pada November 2015 namun, disahkan bercerai pada Disember 2019.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar Raymond pada Mei 2017. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: