Utusan Borneo Online
Tangkap layar rakaman CCTV kejadian. - Gambar polis
KUCHING: Polis sedang mengesan empat suspek lelaki yang terlibat dalam kes samun berkumpulan bersenjatakan parang di sebuah rumah di Kampung Panchor Dayak, Jalan Batu 29, Serian.
Ketua Polis Daerah Serian DSP Neil Beginda yang mengesahkan kes itu, berkata laporan berkaitan kejadian tersebut diterima sekitar jam 1.48 pagi semalam.
“Siasatan mendapati empat lelaki telah pecah masuk ke dalam rumah dengan memotong pagar hadapan rumah dan masuk melalui tingkap.
Salah seorang suspek yang sedang dikesan. - Gambar polis
“Antara barang yang dilaporkan hilang wang tunai, barangan kemas, kunci rumah, laptop, kad ATM, kad pengenalan lesen memandu, kunci kereta dan makanan kering dengan jumlah kerugian dianggarkan RM40,700,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.
Neil berkata kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil ke mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Rizal Nante di talian 082-874201.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan