KOSMO
Kranthi Kumar melakukan percubaan di Milan, Italy pada 2 Januari lalu. - X
ROM – Seorang lelaki warga India menempa nama dalam Guinness World Records selepas menghentikan 57 buah kipas berpusing dengan menggunakan lidahnya, lapor portal berita Livemint semalam.
Kranthi Kumar Panikera atau dikenali sebagai ‘Drill Man’, mencatat rekod dunia untuk kipas paling banyak diberhentikan menggunakan lidah dalam masa satu minit.
Rakaman dikongsikan oleh Guinness World Records di laman X menunjukkan Kranthi menggunakan lidahnya untuk menghentikan bilah kipas yang berputar laju.
Pencapaian Krathi tidak hadir dengan mudah apabila dia terpaksa melakukan aksi lagak ngeri itu tanpa sebarang peralatan keselamatan.
Bagaimanapun, keberanian dan kepantasan yang luar biasa membolehkan Kranthi berjaya memecahkan rekod tersebut. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan