KOSMO
Seorang lelaki mendedahkan bahawa wang kertas yang dikeluarkan dari mesin ATM adalah palsu. - X
JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia terkejut apabila wang kertas yang dikeluarkan daripada sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) adalah palsu, lapor portal berita Abatanews semalam.
Kejadian berlaku di bandar Makassar, wilayah Sulawesi Selatan pada 1 Januari lalu.
Menerusi catatan di laman X oleh akaun @azamuddin91, lelaki bernama Muhammad Azamuddin itu menyedari wang kertasnya adalah palsu ketika membeli ubat di sebuah farmasi.
“Saya diminta memberikan wang kertas yang lain kerana wang yang diberikan ternyata palsu.
“Saya kemudian menyerahkan wang kertas 50,000 rupiah (RM14) yang lain.
“Ini sangat aneh kerana semua wang yang ada di dalam dompet saya dikeluarkan dari mesin ATM,” tambahnya.
Perkongsian itu mencatatkan lebih 2.9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Lebih kelakar apabila kerajaan buat diam dengan kes pengedaran wang palsu! Tiada penyelesaian!” kata seorang netizen.
“Nak bayar tunai tapi wang palsu, bayar online pula ada caj!” kata netizen lain. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan