FMT Reporters
Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui Jalan Sungai Koyan di Lipis dan melalui Jalan Tapah untuk ke Cameron Highlands.
Keadaan runtuhan tanah yang berlaku diJalan Kampung Raja brhampiran Simpang Blue Valley, Cameron Highlands, awal pagi tadi.
PETALING JAYA: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di berlaku di Jalan Kampung Raja brhampiran Simpang Blue Valley, Cameron Highlands, awal pagi tadi.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 3.15 pagi.
Katanya, sepasukan anggota terdiri daripada seorang pegawai dan lapan anggota kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian untuk memantau situasi.
“Tanah runtuh menghalang laluan kedua-dua arah. Kerja-kerja mengalihkan runtuhan sedang giat dijalankan.
“Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui Jalan Sungai Koyan di Lipis dan melalui Jalan Tapah untuk ke Cameron Highlands,” katanya.
Menurutnya, orang ramai boleh melaporkan kejadian kecemasan dan bencana sekitar Cameron Highlands dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Kawalan Operasi (PKO) Daerah APM Cameron Highlands di 05-4901999 dan 01163312122.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan