Bernama
Tiga lelaki berusia 31 hingga 36 tahun ditahan disyaki curi kabel milik TM bernilai RM3,000.
PETALING JAYA: Tiga lelaki licik menggunakan pakaian dan peralatan milik syarikat kontraktor berdaftar mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) bernilai RM3,000, di Gerik, Ipoh.
Ketua Polis Gerik Zulkifli Mahmood, berkata ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 31 hingga 36 tahun itu ditahan pada 4.30 petang hari ini di kawasan pentadbiran Balai Polis Bersia.
Zulkifli berkata, modus operandi ketiga-tiga suspek menggunakan pakaian dan peralatan milik syarikat kontraktor berdaftar selain menjalankan kerja pemasangan serta pembaikan kabel dengan TM.
“Ketiga-tiga suspek menaiki van jenis Nissan Vanette warna putih. Pemeriksaan di dalam van tersebut menemukan beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk memotong kabel.
“Pemeriksaan lanjut turut merampas tiga gulung kabel, spanar, tangga aluminium, topi keselamatan, jaket pantulan cahaya serta van bersama anak kunci,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan