Kerusi Parlimen

Barisan Nasional
30

Perikatan Nasional
73

Pakatan Harapan
82

GPS
22

GRS
6

Lain-lain
7
Katanya, pihaknya sudah mencapai persetujuan dan persefahaman dengan beberapa pihak bagi tujuan berkenaan.
Menurutnya sebagai blok terbesar, mereka mempunyai majoriti melebihi 111 untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
Ditanya mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perikatan Nasional (PN) mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan, beliau berkata mustahil untuk PN membentuk Kerajaan Persekutuan.
"Itu mustahil," katanya pada sidang media di sebuah hotel sebentar tadi.
Pengerusi PH itu bagaimanapun enggan mengulas sama ada pihaknya akan menjalin kerjasama dengan GPS dan GRS bagi membentuk Kerajaan Persekutuan, sebaliknya hanya menjelaskan sudah mencapai persetujuan dengan beberapa pihak di peringkat Persekutuan dan negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan