"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muhyiddin: ‘Saya yakin akan cukup sokongan untuk jadi PM lagi’

 Malaysiakini

Muhyiddin Yassin yakin akan memperoleh sokongan cukup untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.

Mengumumkan di media sosialnya sebentar tadi, pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata dia mendapat sokongan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa anggota parlimen lain.

GPS petang ini mengumumkan sokongannya pada Muhyiddin.

Bagaimanapun, PN tidak dapat membentuk kerajaan tanpa sokongan BN yang mempunyai 30 daripada 222 kerusi parlimen.

Sidang media GPS yang menyokong kerjasama dengan PH dan BN

BN awal pagi tadi menyatakan kesediaannya mengetepikan perbezaan dan bekerjasama dengan parti dari Sabah dan Sarawak.

Mereka bagaimanapun tidak menyebut dengan jelas sama ada mahu bekerjasama dengan PN atau Pakatan Harapan (PH)--yang turut mendakwa memperoleh sokongan cukup untuk membentuk kerajaan.

Pada masa yang sama terdapat spekulasi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mempertimbangkang kerjasama dengan PH, ketika dia sendiri berdepan desakan untuk meletakkan jawatan.

Tanpa BN, kombinasi  PN, GPS, and GRS hanya mampu mendapat 101 kerusi–kurang 10 kerusi untuk membentuk majoriti mudah.

Sementara itu, PKR pula masih membungkam berkaitan kecenderungan mereka.

Tiada ulasan: