FMT Reporters
PETALING JAYA: Istana Negara memberitahu pemimpin parti dan gabungan yang mempunyai jumlah kerusi yang banyak untuk bekerjasama membentuk kerajaan.
Mereka turut diminta mengemukakan nama calon perdana menteri kepada Istana Negara sebelum 2 petang esok, menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan.
Ini susulan keputusan PRU15 semalam yang menyaksikan tiada mana-mana gabungan memperoleh jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan bersendirian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan