"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pas Pahang nafi nerakakan pengundi BN

HarapanDaily.com

Hanya pada hari ini, Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar tampil menafikan hantaran yang menerakakan pengundi Barisan Nasional (BN).

Katanya, dia hanya tahu kewujudan tangkap layar berkenaan kenyataan tersebut yang tersebar di media sosial petang semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Lumpur berkenaan, status palsu itu pula dikongsikan pemimpin PH dan BN.

“Saya tak tahu samaada memang dia tahu atau pun buat tak tahu bahawa ini adalah edit, dipalsukan oleh mereka yang tak bertanggungjawab menjelang hari akhir PRK Pelangai.

“Saya menafikan bahawa status ini dari saya,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook ‘Abdul Jabar Rosli Rosli’.

Terdahulu, heboh di media sosial tangkap layar atas nama akaun yang sama yang mengaitkan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Bentong dengan maksiat dan neraka.

“Terima kasihlah pengundi Pelangai kerana kekalkan pengundi Pelangai di lembah kemaksiatan.

“Nerakalah tempat kalian wahai pengundi BN,” menurut kenyataan yang tular itu.

Malam tadi, BN mempertahankan kerusi DUN Pelangai menerusi calonnya, Datuk Amizar Abu Adam menang dengan majoriti sebanyak 2,949 undi dalam pertembungan tiga penjuru.

Amizar mendapat 7,324 undi manakala calon Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi.

Seorang lagi calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya mendaapatr 47 undi.

Tiada ulasan: