"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penternak kambing dipenjara 12 bulan kerana amuk guna pisau

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my

Batu Pahat: Penternak kambing yang berhadapan hukuman mati kerana mengedar dadah, dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah merosakkan rumah menggunakan pisau dan pemotong dalam kejadian di Peserai di sini, Isnin lalu.

Tertuduh, Hussain Ibrahim, 46, yang berhadapan dengan lima pertuduhan mengaku bersalah melakukan perbuatan itu sejurus pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.

Tertuduh didakwa melakukan khianat dengan memecah tingkap, pintu serta dinding rumah milik seorang lelaki berusia 45 tahun di Peserai, 6.30 pagi, 27 Mei lalu.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh menggunakan senjata terbabit datang ke rumah mangsa sebelu, bertindak memecahkan tingkap, pintu dan dinding selepas tidak berpuas hati dan marah terhadap mangsa.

Bertindak atas laporan dibuat mangsa, tertuduh akhirnya ditahan pada hari kejadian bagi membantu siasatan.
HUSSAIN yang berhadapan hukuman mati dipenjara 12 bulan kerana amuk pecahkan tingkap rumah. FOTO Alias Abd Rani
HUSSAIN yang berhadapan hukuman mati dipenjara 12 bulan kerana amuk pecahkan tingkap rumah. FOTO Alias Abd Rani
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid manakala tertuduh diwakili peguam Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Selain Seksyen 427, tertuduh turut berhadapan empat lagi pertuduhan iaitu Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar heroin, dua kes mengikut Seksyen 15 (1) (a) dan Seksyen 12 (2) akta sama kerana memiliki methamphetamin.

Dia mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan kecuali Seksyen 39B dengan mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin bagi kes ini.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bagi kesalahan khianat dengan kes akan disebut semula bagi pertuduhan berkaitan dadah pada 5 Ogos ini.

Tiada ulasan: