"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis buka 2 kertas siasatan kes jiran gaduh

Bernama

GEORGE TOWN: Polis membuka dua kertas siasatan berhubung insiden pergaduhan membabitkan dua lelaki di sebuah kawasan perumahan di Jelutong yang tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Timur Laut, Razlam Ab Hamid, berkata pihaknya mengesan video berdurasi satu minit 16 saat itu disebarkan melalui WhatsApp dan siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 11.30 pagi Isnin lalu di perkampungan Jalan Perak, Jelutong.

“Berdasarkan siasatan punca kejadian disebabkan perselisihan faham dan tidak puas hati antara satu sama lain. Akibat pergaduhan itu, kedua-dua lelaki terlibat telah mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua individu terbabit juga membuat laporan polis dan kes disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

Terdahulu, satu rakaman video pergaduhan dua lelaki menggunakan senjata tular di media sosial dengan rakaman mulanya memaparkan seorang lelaki berjalan sambil membawa senjata dipercayai sebilah parang dan meluru ke arah sebuah rumah sebelum dilihat memarahi seorang wanita di hadapan kediaman terbabit.

Dia kemudian membaling satu objek ke arah seseorang dan berlari sebelum dikejar seorang lelaki, kedua-dua mereka kemudian dilihat bergaduh.

Tiada ulasan: