"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Staf kanan agensi agama kena 24 tuduhan salah guna kuasa

Bernama

Tertuduh didakwa syor perolehan kerja baiki kenderaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu lebih RM24,000.
Ali Embong, 60, dibenar ikat jamin RM20,000 dengan mahkamah tetap 10 Julai tarikh sebutan semula kes. (Gambar Bernama)
KUALA TERENGGANU: Penolong Pegawai Tadbir Kanan di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Jheat) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 24 pertuduhan salah guna kuasa dengan mengesyorkan perolehan kerja membaiki kenderaan jabatan kepada syarikat milik isterinya, dua tahun lalu.

Ali Embong, 60, didakwa melakukan perbuatan itu dari Oktober hingga Disember 2022 di Jheat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta sama, membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Dia didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan mengesyorkan borang permohonan servis/pembaikan/mendapatkan bekalan untuk kenderaan jabatan bagi perolehan penyelenggaraan berjumlah RM24,267.

Hakim Mohd Azhar Othman membenarkan Ali diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan mengarahkan tertuduh menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah serta tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan.

Azhar, yang memerintahkan Ali supaya melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap bulan sehingga kes selesai, menetapkan 10 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Aznika Mohd Anas, manakala Ali diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Nur Ain Mohd Rani.

Tiada ulasan: