"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersatu gugur keahlian enam ahli Parlimen, seorang ADUN

Harapandaily

Bersatu akhirnya menggugurkan keahlian serta-merta terhadap enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat parti tersebut baru-baru ini selepas mereka terbabit gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada Bersatu.

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memaklumkan perkembangan tersebut kepada BH hari ini.

“Parti sudah bermesyuarat. Mereka (enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN) gugur keahlian automatik,” dipetik BH.

Bersatu yang merupakan sekutu Pas dalam Perikatan Nasional dilihat semakin bermasalah.
Sebelum ini, Bersatu mengeluarkan surat arahan supaya mereka menzahirkan pendirian berkaitan kesetiaan terhadap parti.

Arahan tersebut susulan pindaan ke atas Fasal 10 dalam Perlembagaan Bersatu yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Tiada ulasan: