"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis kesan suspek baling pasu bunga di balai polis

Malaysiakini 

Polis sedang mengesan dua suspek berkaitan satu insiden membaling pasu bunga tembikar di Balai Polis Serdang, pagi tadi.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Serdang, A Anbalagan berkata, motif kejadian dipercayai berpunca akibat rasa puas hati terhadap anggota polis yang bertugas.

“Pada 2 Jun, lebih kurang 6.30 pagi, sebuah motosikal yang dipercayai dinaiki oleh dua individu lelaki tanpa memakai topi keledar dipercayai dalam keadaan mabuk telah berhenti di hadapan pintu pagar Balai Polis Serdang.

“Apabila anggota bertugas mahu bertanya salah seorang suspek telah membaling sebuah pasu bunga tembikar ke arah pagar sebelah kiri balai polis dan terus melarikan diri,” katanya.

Mengulas lanjut, Anbalagan berkata kejadian dipercayai berpunca dari[ada satu insiden pada 2.30 pagi hari yang sama, di mana anggota bertugas memberi amaran kepada sekumpulan lelaki bermotosikal yang tidak menggunakan topi keledar di persimpangan lampu isyarat di jalan utama di hadapan balai polis tersebut.

Katanya, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” katanya.

Tambahnya, jika disabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Dia turut meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini menghubungi IPD Serdang di talian 03-80742222 atau pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Hakimi di talian 011-17681105.

Tiada ulasan: